Wednesday, 3 October 2012

Cabaran.

Uhm, harini aku mencabar diri untuk menaip dan menutur sepenuhnya dalam bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan Malaysia. Dek kerana, ada ura-ura mengatakan saya ini belagak pandai betutur dan menggunakan bahasa Inggeris. Tapi, itu tidak memberi sebarang masalah. Lantak kau, nikmatilah! "Post" sepenuhnya dalam bahasa Malaysia.
      Kehidupan aku?
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi aku masih bernafas di bulan Oktober yang mulia dan dinanti-nanti. Seperti yang sudah diketahui, saya bakal genap mencecah umur 14 tahun pada 06 Oktober 2012 in. Tahun ini berbeza karna aku kata berbeza. Seperti tahun sebelumnya, makan malam, tiup lilin, menu samada KFC ataupun Pizza ataupun Mcd. Tahun ini rasanya tiada sambutan kek. Memandangkan semua kekurangan duit, tapi kali terakhir aku keluarkan duit baki ada tinggal dalam RM200. Sangat berharap baki tu masih kekal. Realiti kehidupan orang susah. Kehidupan orang tidak senang hidupnya.Namun, aku besyukur di hari ulang tahun kelahiran aku, aku masih sihat disisi kawan kawan yang hebat dan terhebat. Serius aku sayang akan kawan kawan aku(Tapi bukan kau). Dan disisi keluarga yang tersayang.
     Kehidupan di sekolah?
Semua sihat-sihat belaka makin kacak dan cantik serta bergaya(ludah dengan sopan). Ya, umum mengetahui Peperiksaan Menengah Rendah akan berlangsung selang beberapa hari. Padan muka. Tidak, semoga berjaya kepada uhmm semua calon PMR. Patahkan tulang! Buat yang terbaik, pastikan buat dengan tenang dapatkan 8A dan segera berampus dari sekolah tu(kecuali yang kacak-kacak tu)(untuk cuci mata di tahun hadapan) gurauan semata mata. Itu tak penting sebenarnya, aku punya periksa lagi penting. YA! Peperiksaan Akhir Tahun akan bermula entah bila. Tidak diberi jadualnya. Memang stress, tahap 4 kata kau.    
Disini aku manyatakan bahawa aku tidak 100% bersedia. Ulang kaji pun ala kadar, mencuba untuk salahkan cikgu sebab terlampau baik dengan tidak meng-stresskan aku dan menekankan dengan lebih dalam peperiksaan makin hampir.
Cukuplah pasal exam.
Kita beralih kepada konflik dan permasalahan di sekolah. Jemu aku menyatakan aku sangat sangat bosan di sekolah. Menghadap muka seseorang yang sama setiap HARI. Dilemma. Semua bagaikan tidak percaya.
Aku sudah tiada idea serta lemah serta jemu nak meneruskan cerita.
















No comments: